elegi

Saturday, August 22, 2009

jasa ibu.....

Orang kata aku lahir dari perut mak….(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….makBila lapar, yang suapkan aku….makBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….makBila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….makBila nak bergesel, aku duduk sebelah….makBila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….makBila merajuk, yang memujukku cuma….makBila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….makBila nak peluk, yang aku suka peluk….makAku selalu teringatkan….makBila sedih, aku mesti telefon….makBila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….makBila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”Bila sakit, orang paling risau adalah….makBila nak exam, orang paling sibuk juga….makBila buat hal, yang marah aku dulu….makBila ada masalah, yang paling risau….mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….makYang selalu masak makanan kegemaranku….mak
Kalau balik ke kampung,Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..makYang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….makYang selalu berleter kat aku….makYang selalu puji aku….makYang selalu nasihat aku….makBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasangankuBila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasangankuBila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasangankuBila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasangankuBila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasangankuBila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu….aku ingat pasangankuSelalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasangankuEntah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasangankuEntah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya

1 comment:

  1. org pertama yg ke nk ucapkn skg jgk mak kn..

    slmt berpuasa la ye.. :D

    ReplyDelete